Sunday, March 15

Aku dah cakap dh..

Salam sejahtera semua,

Aku baru sahaja selesai menonton buletin utama[tv3.com] dan membaca Berita Harian semalam. Tiba-tiba tertarik dengan satu laporan ni ;

Tajuk : NGO syor usaha hayati Rukun Negara

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menyarankan kerajaan memberi penekanan terhadap usaha pemupukan dan penghayatan prinsip Rukun Negara khususnya di kalangan generasi muda...

lagi berita tekan sini


Sambil Aku membaca satu persatu, dan memahami apa yang ditulis, mulutKu berkata berulang-ulang kali. "Aku dah cakap.. Aku dah cakap.. Aku dah cakap.. Rukun Negara ni penting"

Beberapa bulan lalu, Aku pernah menulis mengenai konsep Rukun Negara menjadi asas jatidiri rakyat Malaysia [sini]. Walaupun ketika itu Aku mengulas mengenai isu atheis, dan bagaimana dengan tidak berpegang kepada mana-mana agama [pendapat Aku], boleh menggugurkan kerakyatan seseorang, kini mereka memperkatakan tentang isu kedaulatan sistem beraja, dan kaitannya dengan rukun negara.

Pusinglah ikut mana sekalipun, tetapi tunjangnya adalah sama. Adakah setiap rakyat Malaysia mempunyai kesedaran terhadap prinsip rukun negara dalam konteks "Aku Anak Malaysia" ??


Jangan mengaku "Aku Anak Malaysia" hanya kerana anda lahir di Malaysia.

Jangan mengaku "Aku Anak Malaysia" hanya kerana mak ayah anda rakyat Malaysia.

Jangan mengaku "Aku Anak Malaysia" hanya kerana ia adalah cogankata yang hebat.

Tetapi banggalah melaungkan "Aku Anak Malaysia" kerana anda mempunyai jatidiri anak Malaysia, kerana anda faham apa yang membuatkan anda seorang rakyat Malaysia.

Berpegang dan menghayati prinsip rukunnya.
Fasih dengan bangga dengan bahasanya.
Serta hormat dan cinta kepadanya.
[nya=negara anda]


Aku berharap saranan NGO tersebut tidak dipandang remeh oleh pihak-pihak yang berkenaan. Ia mungkin satu saranan kecil, tetapi tidak wajar diperkecil-kecilkan.

*Mungkin setelah 5 tahun merantau, dan hampir 3 tahun tidak pulang ke Malaysia, telah membuatkan Aku lebih berfikir nilai menjadi Anak Malaysia. Justeru memanggil Aku untuk menulis catatan seperti ini.

soksek soksek : Orang kata, bila sudah hilang baru rindu-rinduan.

6 comments:

wani ezryl * said...

betul tu, penghayatan rukun negara tu je kot yg kurang kat rakyat kita ni.. ahax

Monkey D Luffy said...

aku dari dulu hafal... hayati tu kena makan masa mendalam... :)

FarhanaLicious said...

dulu selalu baca rukun negara kat belakang buku sekolah. huhu

uShop said...

memang rukun negare tu hanye tunggal kat belakang buku je skang. x heran la kalo ade budak2 yg x tau pon ade rukun negare. huhu

sutera putih said...

mmg hafal n ingat rukun negara dari zaman sek lg,,,
ngee,,,ngee,,,
;p

uShop said...

bagus2. anak sape la ni xD

pasni cube hayati prinsip2 rukun negare tu ye.

hayati mengikut fahaman masing2.