Saturday, February 28

bulan februari yang...

..BZ !!
-dengan cycle gynae.
kene keluar awal pagi nk kejar tram.
balik lambat.
-dengan cycle orthopedics yg memeningkan.
kuliah in russian n lecturer cakap slow.
juga balik lambat walaupon hospital sebelah hostel je.
-dengan cycle urology yang jauh.
tetapi kelas menarik dengan lecturer yg best!!

..memBENGANGkan !!
dengan perihal internet yang gila.
menyebabkan sume orang satu hostel menyumpah seranah.
Aku pasti org2 syarikat internet ni bernasib malang 8 keturunan,


tetapi..

..memBAHAGIAkan !! xD
kerana mak Aku nak jumpe Aku punye informer jakim !!
"bawak la balik, mak nak kenal.."
cayalah ma. tunggu Angah pulang xDD


menyebabkan..

..haha xtau nk sambung ape lagi. kerana hati senang, maka Aku nk tarok sume gamba makanan yg menarik sepanjang seminggu due ni xD


sarapan roti dengan krim cokelat n kacang

bublik mini. Aku xde keje time ni.

3 hari lepas.
nasik berlauk sup tulang. dan...

sambal belacan + tempoyak nenek !!
sedapnye..

minggu lepas.
nasik lemak !!

..san sambal udang + kentang goreng rempah !!
bukan makanan yang sihat. haha

beberapa minggu lepas.
nasik kerabu diraja !!

berlauk ayam panggang !!
haha sangat sedap. yang ni bukan Aku buat.
semestinya warga kelantan.

dan akhir sekali,
makanan setiap malam minggu kami semua.
Ayam Goreng Odessa !!
bisnes berjaya aswad,kodok, n sipu.

sekian dulu.


soksek soksek : maafla ye kalau gambar2 ini membuatkan korang lapa. hahaha

Monday, February 23

Happy Men's Day

Salam sume.
Harini 23 Februari. dan Aku hampir2 terlupe bahawa hari ni ialah Men's day.

tetapi korang kat malaysia jangan gelabah pulak kalo x menyedari hari ini sambutan Hari Jejaka. sebabnye sambutan ni senanye hanye ade kat negara ex-soviet je. Rusia, Ukraine, etc.

Happy Men's Day to all ex-soviet citizens

memandangkan Aku dh hampir 5 tahun bermastautin kat sini, ape salahnye kalo bg info sejarah sikit pasal tempat ni kn;

sebenarnye sambutan Hari Jejaka ini bermula tahun 1918. lame gile dh. memule dulu namenye ialah 'Red Army Day'. sampai la ni, masih ada nenek2 n atok2 yg masih memanggil hari ni ngan gelaran tu. nk wat cmne, diorang ni susah nk berubah. kui3x

Red Army Day ni disambut sempena pertubuhan Angkatan Tentera Merah dari parti komunis pimpinan Lenin, yang seterusnya memenangi perang saudara dan menubuhkan Soviet Union. lepas perang dunia ke-dua, name perayaan dituka jadi Soviet Army Day.
kire kalau ikot pemahaman kt, kire hari tentera la senanye ni. n lepas zaman soviet union dibubarkan pada 1991, hari tentera ni tetap disambut sampai skang dengan nama "Defender of Fatherland Day" n skang ni lebih sinonim n popular dengan sambutan "Men's Day".

hari ni, jejaka2 muda dapat la ucapan tahniah n ciuman dari wanita2 diorang, n jejaka2 tua pulak akan keluar dengan segala medal yg ada, digantung megah di dada, sambil pakai pakaian seragam tentera. Aku boleh cakap org sini memang patriotik la, masih lagi menyambut Hari Tentera diorang dengan megah.

kire hari ni-"Hari Jejaka", lawannya 8 Mac nnti la-"Hari Wanita".

maknenye beruntung la lelaki2 kat sini ade hari khas diorang, xde la cm kat tempat lain ade hari wanita je. hehehe

Menyentuh pasal hari tentera, Aku sendiri pon x ingat hari tentera malaysia disambut bila. x brape pasti la, lagi2 setelah lama tinggalkan zaman skolah. [terus aku sukarela ketok ketampi sebab x ingat :P]

lagipon Aku bukan generasi PLKN-assuming diorang yg join ni sepatutnye lebih patriotik :P

emm korang pulak ingat ke?


cube angkat tangan sape yg terus boleh bgtau bile hari tentera malaysia [tanpa selak kalender la ok]


soksek soksek : harap2 xde la org ingat Aku nk menubuhkan parti komunis pulak bile tgk poster atas skali tu :P

Sunday, February 22

bukan perempuan itu materialistik, tapi lelaki kami yg hebat...

*ada entry maksudnye ade internet skang. cepat2 tulis sebelom ia putus*
halloo sume !!
haha cube teke gamba apekah kat ateh ni ??
pembayang satu : diamik time cycle lepas : o&g :P


cube la pikir. hahaha sambil tu, Aku nk kongsi sesuatu ngan korang, sesuatu yg tercetus time cycle o&g aritu..


aritu ade la satu hari Aku bertugas kat klinik
Obs bidan. sedang Aku tunggu kat luar untuk dapat kebenaran dokte yg bertugas sebelom masok ke bilik pemeriksaan, Aku perhatikan beberapa pesakit yg menunggu kat luar.

ada 2 pesakit lagi sedang manunggu nk masok ke bilik pemeriksaan dokte Aku. kedue2nye memboyot, dalam 33-35 minggu pregnancy. dudok menyandar sambil tangan menampung perut masing2. Aku x pasti mereka datang dengan apa, yg pasti mereka berdua datang sendiri, x berteman..


x lame lepas tu, Aku pon masok mengiringi pesakit pertama tadi...

umur 26 tahun, 1st pregnancy. umur kandung
an 33 minggu. datang untuk pemeriksaan rutin. dokte membuat pemeriksaan ke atas kandungan wanita ini dan Aku diberi peluang mendengar bunyi degupan jantung baby. sambil2 tu Aku mendengar n menerjemah perbualan dokte dengan wanita tu. satu je yg Aku nk tau sgt2, cmne wanita ni datang ke hospital...

huh. betol sangkaan Aku, pesakit yang memboyot anak pertama ni datang naik bas. aku ulang datang sindiri naik bas !!


sebelom ni, memang biase je terserempak dengan wanita mengandung naik bas. kadang2 dengan pasangannya. memang biase la org akan bg tempat duduk. Aku pon dh rase ia biase utk masyarakat sini. ye la, org mengandung pon nk g keje kn.

tetapi, Aku x la menyangka sampai nk g klinik pon, nk buat pemeriksaan anak pertama, mereka akan datang naik bas sendiri. laki diorang x exited ke nk teman. anak pertame tu..huh


adoiyai. sian pulak Aku tengok pesakit tu. ikot hati kalo xde keje lain, nk je teman die sampai rumah. huh..


3 tahun lepas dalam kelas bahasa, cikgu Aku penah tanye ape kelayakan lelaki malaysia untuk kahwin. Aku cakap la ade kerja, rumah n kereta. terus die kate pmpuan malaysia ni metarialistik.. x puas hati Aku. *berani die mengatakan perempuan kami begitu!!*

Aku cakap kat die balik, Aku sebagai lelaki x mau angkot bini Aku nnti naik bas, atau naik moto bile die mengandung. kami ni suke buat anak
[Aku berseloroh ngan die]. perempuan kami perlu dijaga. kereta itu keperluan, bukan lagi kemahuan.

bukan mereka
[pmpuan malaysia] yg materialistik. tetapi lelaki kami yg bertanggung jawab. lelaki kami hebat !!

cikgu Aku sambung lagi. "abis cmne kalau x mampu nk beli kereta?"


teruskan la becinta sbb kalau down payment kereta pon x mampu, maksudnye x mampula nk kawen.. huhu


"abis cmne org malaysia boleh kawen mude2?"

tu pakai duit bapak kn Aku dh cakap, lelaki malaysia hebat !! sindri nk pakai, sindri la kumpol duit cepat2. hendak seribu daya~

ok mungkin ade yg x setuju ngan Aku. mungkin ade lelaki malaysia, atau pasangan kat malaysia yg lain caranya. cume Aku bercakap berdasarkan diri Aku, pandangan Aku. sbb ini yg ayah Aku ajar kat anak2 lelaki die. "sendiri nk pakai kawen, pandai2 la carik duit sendiri, carik kereta sendiri.. sbb itu la care nk buat or nk tau lelaki itu bertanggung jawab, sebelum nk jage anak dare org." hehe *ayah Aku dan falsafahnye. mak Aku cakap sbb die dulu cmtu jugak*


semoga Aku akan mampu nk jadi lelaki malaysia yg hebat. huhuhu. amin..


soksek soksek : pembayang dua gambar atas tu ialah... "dari dalam ke luar" ..haa korang rase??

Saturday, February 21

masakan kasih sayang

huh. dalam minggu ni internet kat hostel ni sangat suck terok kualitinya. pg ni tetibe dh ade tapi masih kejap2 putus. ikot hati memang mahu menyumpah2 kat sini. hati panas je. jadual entry sume lari. huh

tapi.. hujung minggu ni Aku kene berfikiran positif. Aku baru dapat tugasan baru dari majalah pendidik - ruangan tafhimul Quran, bertajuk 'Hindari mentality inferior'. jadi Aku kene ceria, perfikiran positif dan bersemangat tinggi supaye tugasan dapat diselesaikan...

oleh itu malam tadi, daripada Aku meratapi ketiadaan internet dengan sumpah seranah, Aku telah amik keputusan untuk membuat pizza suka hati Aku yg terkenal. haha nah lihatlah xD


penah makan pizza bentok love??
haha memang suke hati Aku je nk buat bentok ape xD

pizza empat segi. hahah


"enaknye masakan isteri untuk suaminya itu bukan kerana kemahirannya..
tetapi ia datang dari kasih sayang yg mengalir melalui tangannya.."

maka masaklah dengan kasih sayang !!
[walaupon bukan masak untok isteri atau suami :P]


soksek soksek : punye banyak Aku buat malam tadi, ade lagi lebih dalam oven. sapa mahu angkat tangan!!

to do list Aku tok esok:
(kalo internet elok)

*cerite kat klinik bidan cycle lepas*
*tag2 nadia :P*

Tuesday, February 17

wanita.. berjaya jua Ku tawan..

salam semua, semalam Alhamdulillah Aku dh pas exam sakit puan n perbidanan. x sesusah yg dikatekan sbb Prof yg 'no mercy' Aku cakap aritu x sihat. maka dokte lain yg amik alih. ok la sume satu group lepas. kire Aku dh leh jadi mak bidan la skang. ade sesape nk beranak?? xDD

cycle yang seronok, slalu nampak wanita mengandung sbb cycle berjalan kat maternity house di kebanyakan hari, n kadang2 bertugas di klinik pakar sakit puan. nnti esok Aku kasi la story skit pasal kisah di maternity house, tapi hal2 di klinik pakar sakit puan, emm xpayah la cerite. sogan den :P

Aku dh ngantok senanye ni. dari tadi tgk survivor18, n amazing race14. due2 baru start 1st episod minggu lepas. jadi entry harini hanye ade beberape gamba lepas exam semalam. just nk bersihkan sawang setelah beberape hari talam ni x berusik..

pas exam, Aku, yeop, linda, n irma terus ke Arabian Cafe.
makan time!!

burger harini ayam. kekadang kuar burger daging yg tebal.

ini ialah 'MTABAL'.
x ingat kandungan penuh die, tapi antare bahan utame ialah terung.
sume hancur mcm paste n makan ngan lavash [roti pita].
best makan ramai2.

'banjir' di depan Red Cafe, n Arabian Cafe.

pastu g bank, nk baya internet.
pictures kat city park.


hari ini langit mendung. sangat!
snow hari sebelomnye baru cair, semalam mcm nk turun balik. huh


ok tamat.
sekian.


soksek soksek : harini mule cycle traumatology kat hospital sebelah ni. huh mahu rehat..

Wednesday, February 11

insyaAllah..

lepas Aku agak bosan letih menyelak2 buku pg tadi, Aku pon tgk2 gamba yg ade dalam komputer ni.

tetibe tertarik ngan satu gamba ni. lalu Aku edit skit n post tok korang.
bertarikh 5 ogos 2008, bertempat di tepi pantai Barcelona, Spain.


Aku rasa mereka romantik...

soksek soksek : bakal menyepi lagi. korang tgk la gamba ni lame2 ye. heh

Wednesday, February 4

jom beranak banyak!!

salam wanita2 sekalian ! [dan pembace lelaki jugak]

Aku n budak bilik ni tengah study n tetibe termasok satu topik yg best nk kongsi.

percaye x korang sume kalo Aku kate makin banyak korang 'BERANAK', makin lambat proses penuaan--> awet mude!!


haha. Aku xde la tejumpe dalam buku bende ni, tapi kami, bakal dokte yg berfikiran kreatif telah melakukan pengiraan n kesimpulan;


semasa 9 bulan mengandung, tiada kitar haid berlaku, iaitu tiada ovulasi.

maknenye tiap kali mengandung, berlaku PENJIMATAN ovum !


bile ade penjimatan ovum ni, maka bekalan ovum korang lambat la habis...


bile bekalan lambat habis, maksudnye lambatlah menopause !!


bila lambat menopause, maknenye awet mude la !!


kerana bila menopause..
adoi nk kene explain ke..
..senang cerite byk hormon badan yg x stabil, maka byk yg kendur n jatoh~ ops.

haha jadi korang sume nk lambat nampak tue kn, beranak la banyak2 xD

::mari sambung study::

soksek soksek : beranak itu Aku maksudkan mengandung n besalin la ok. bukan amik anak angkat or kawen ngan dude anak 9 xP