Wednesday, April 29

kepada penjerit2 shoutbox

Salam.
lepas beberape hari x online, tetibe banyak pulak yang meninggalkan jeritan2 batin kat shoutbox sebelah ni. sori la x sempat nk melayan satu2, agak bz ngan short cycle oftalmologi. sbb ia cycle pendek, sume jadi padat, n otak pon jadi sesak. ditambah lagi dengan selesema sejak hujung minggu aritu. Alhamdulillah harini dh ok.

jadi, senanye menulis entry cepat2 sbb nk reply pelawat2 yg menjerit. kebanyakannye ialah name2 baru, jadi kene bodek sikit Aku ucapkan selamat datang, n silelah singgah selalu ye. insyaallah akah singgah ke belog korang xD

qittun;
Burger buat senang je.
kisar daging sampai lumat. kalo rajin, tumbok pakai batu lesong atau kisar atau batu giling. kalau malas, silelah pakai dry blender ye. hahaha

pas tu, bentukkan la macam daging burger yg biase tu. daging ape nk gune, terpulang pada cita rasa sindri. kalau nk senang bentukkan, sejukkan dulu daging tadi. ataupun lapik pakai plastik nk elak daging melekat kat tangan/acuan..pastu leh terus goreng atau bekukan.

senang je kn. cume rajin nk wat ke x je :P

roy;
hish, kenape. x caye ke sume tu masak sindri? ala org bujang masak, tawo tambah garam, masin tambah air :)

nenek;
ala nek, sepandai cucu masak, x leh lawan masakan nenek xD

ryehana;
iyolah...Aku datang ni. Aku tau entry ko memerlukan komen2 bernas Aku. hahaha

atienal0va;
nak ikot ye. meh le. tapi blanje tanggong sindri okey :P


soksek soksek : sedikit lega sbb selesema babi x sampai kat eastern europe [lagi]. xde la Aku khuatir dengan seleseme ni.

Saturday, April 25

adakah Aku 'auww'?

Salam hujung minggu semua.

Aku nk mulekan entry hujung minggu ni dengan laporan makanan hujung minggu Aku. biase la, skang ni, hujung minggu ialah masa untuk masak nasi yang sedikit canggih. minggu ini, nasi ayam. ayam sedikit sbb bekalan ayam x tentu, kene jimat2.
nasi ayam+sup ayam halia. ditambah dengan air lassi home made.
nyum2. anda lapar??

Minggu lepas, Aku telah belajar buat home made burger, dari Aswad. Kalau kat luar jual burger ayam, n burger daging. Aku dengan memandainye buat burger ayam+daging+soya. hahaha canggih x? tu la untungnye kalo boleh buat sindri, boleh ikot selera n hati sindri. ini la rupenye;

Aku buat dapat 8 keping. tapi Aku xde la ngap sume 8 terus. Aku bekukan burger mentah tu dalam peti ais. bebile terase nk makan burger, ade la bekalan lagi xD


ok tinggalkan cerite makanan.
beberapa entry lalu, si kapten n cik ryehana telah menimbulkan persoalan "mungkinkah Aku ni auww?". Aku x salahkan diorang, sbb gambar Aku yg dilabel 'comel' aritu memang agak pelik. gambar candid kn, memang la lain macam jadinye. Aku pon tegelak2 tgk gambar tu semula.

jadi, Aku pon mencari2 la kalau Aku ade gambar yg kelihatan agak ganaz serius.haha

Cukup ganaz x muke Aku atas ni? haha. tegelak jugak Aku tgk gambar ni.

ok. Senanye, ni 1st time org mengaitkan Aku ngan 'auww'. sebelum ni Aku pernah mendapat gelaran2 n pandangan2 berbeza terhadap diri ini, tapi kebanyakannya berlawanan daripada 'auww'.

sebagai contoh, kat matrix dulu, budak2 yg x kenal Aku, label Aku ni 'budak jahat/otai/ganaz' sbb Aku yg berbadan besar dan botak, n Aku ada bergaul ngan budak2 otai matrix. budak kuliah Aku pulak label Aku ni budak yg x serius belajar, 'xleh pakai'. mungkin sbb Aku x pernah dok depan n sentiasa berada dalam kumpulan yg aktif ngan aktiviti, dan agak 'kuat main'. siap ade budak yg ingat Aku ni 'budak masjid' yang baik lagi menginsafkan, sbb Aku juga berkawan ngan AJK masjid n budak JPP.

betol x Aku cakap, sumenye berlawanan ngan 'auww' kn.

tapi Aku xmarah pon ngan pandangan org. kt xleh nk kawal org lain nk anggap kt ape kn. buat ape nk marah dengan bende yg kt xleh kawal. yg kt leh kawal, ialah diri sindri. pandangan org lain terhadap kt, akan berubah sendiri kalau sesuatu berlaku kat diri sendiri. betol x?

kembali kepada persoalan pada tajuk, adakah Aku 'auww'?

utk itu, jom tgk beberapa fakta diri Aku.

Aku tahu memasak.
Aku tahu buat kek dan biskot.
Aku tahu mengait [knitting].
Aku pernah buat persembahan tarian zapin lagu siti norhaliza.

emm kalau dari fakta2 atas ni plus dengan gambar aritu, Aku sindri pon rase Aku 'auww'. haha tapi, fakta Aku x habis disitu..

Aku ialah s/u Majlis syura ketua pelajar, Maahad Hamidiah.
Aku suke DIY. bertukang, sistem letrik, perpaipan, etc.
Aku belajar Samba, ukrainien martial art.
Aku belajar Judo, wakil universiti 2 kali.
Aku tamat junior black belt Taekwondo pada umur 12 tahun, sekarang ni dh 2nd degree black.
Aku pemegang tali pinggang oren, Mixed Martial Art Ukraine [hand to hand combat].

haa. adekah korang rase Aku ni 'auww'?
hahaha pandangan sindri, pikir sindri la kn. yang penting, sume bende2 kat atas tu ialah ushop :P


ok la, cukop2 la sesi membuktikan diri. byk lagi keje nk buat. Aku sepatutnya kene menulis artikel Majalah Pendidik keluaran Jun. sempat lagi nk masak2 n mambelog. adoiyai. korang2 enjoy la hujung minggu ni ye. bye


soksek soksek : Aku berjaya mengorat pegawai undang2 syariah, n bekas pendakwaraya, bukan calang2 org tau boleh becinte dengan die ni. membuktikan betapa machonya Aku ni xDD

Friday, April 24

selamat hari jadi InformerKu

Salam semua.

hari ini


Hari jadi informer jakim.
selamat hari jadi..selamat hari jadi..selamat hari jadi informerKu. selamat hari jadi.. *dengan rentak lagu besday.

yeay. tepok tangan!! xDD

semalam

Aku start cycle baru.
Ophthalmology-Oftalmologi-ilmu kajimata.
adekah termasok sekali ngan 'mata keranjang' ?? xP

kelmarin

Aku dh habis exam final surgery tahun 5.
Alhamdulillah lulus *memang harap nk lepas je.
Makin kuat perasaan Aku xmau jadi pakar bedah. adoiyai

isnin

Cuti Easter kat sini.
senanye hari easter semestinye la hari ahad, tapi cuti dianjakkan.
hanya lepak kat rumah makan kek Paskha [Пасха].

selain dari telur berhias, sambutan easter kat sini mesti ade kek ni. xde la sedap mane pon, tapi tiap2 tahun beli sbb banyak dijual :P

sabtu

sambutan Vaisakhi.
membe2 india tanah besar jemput kitorang ke hostel diorang, ade makan2 sempena Vaisakhi katanya. Vaisakhi ni ialah hari raya perayaan penganut agama Sikh, dan penanda tahun baru kepada masyarakat india. silelah baca info selanjutnya.

Suasana makan aritu sangat menarik. terasa macam berada kat india pulak. korang lihat la sindri..








Manisan ni memang sedap. tiap2 kali ade pape jamuan ngan budak india, mesti ade bende ni. cume kene berhati2 kalau silap kunyah, tergigit buah pelaga, habis ralat...

Sampai sini dulu laporan Aku.

soksek soksek : harap2 pakcik posmen x malas buat kerje n parcel tok informer Aku akan sampai tepat pada masanya.

Saturday, April 18

Nasi Plov uzbekistan

salam hujung minggu.

Hujung minggu ni, korang sume makan ape? Korang yang kat Malaysia mesti makan best2 kn pada hujung minggu.

Minggu ni, Aku dengan rajinnye telah masak Nasi Plov daging Uzbek;
nyum2. Canggih x?

Nasik ni Aku pasti x dapat kat Malaysia. n Aku dh letak dalam todo list Aku tok bawak rempah plov ni balik Malaysia, mane la tau Aku tetibe rajin, leh masak.

info mengenai nasi plov. silelah rajin membace ok xD


Aku telah ditag oleh cik Ryehana.

Gambar kegemaran Aku;
Kenape?
kerana ramai cakap Aku kelihatan comel. hahahahahaha

isi tag seterusnya Aku maleh nk buat sbb dh penah buat sebelum ni. jgn mare ye cik Ryehana :P

Bercakap pasal org2 comel, Aku nk kongsi klip bawah ni. silelah enjoy;
video

*ia adalah rakaman pusingan pertama ujibakat Britain's Got Talent pada minggu lepas. mereka adalah comel!! hohoho

Minggu ni, ade 2 festival kat sini. pertama Vaisakhi, yang disambut pada 14 haribulan aritu oleh masyarakat Punjabi, n harini ialah Easter. jadi, esok kami sume cuti, n Aku akan update entry pasal sambutan Vaisakhi yang Aku g semalam. sekian dulu. chow!!

soksek soksek : yeay2 esok cuti!! xDD tapi rabu ni final surgery :((

Sunday, April 12

nasi lemak buah bidara..

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih hamba turutkan.

isk isk isk. durhaka betol orang itu.
buat ape nk buang2. amik semua kn boleh..
emak dicintai,sedare disayangi, kekasih dikasihi xD

sungguh dalam maksud pantun nasihat tu,
dulu kecik2 kene belajar, hafal, n cikgu suapkan maksudnya.
skang ni bila dh besa panjang,
harap2 dapat menghayati sendiri maksudnya,
dan seterusnya dapat membimbing diri dalam kehidupan.

huhu. tibe2 ade kultum* pulak petang2 ahad ni.
senanye pantun tu dikeluarkan sempena dengan sajian Aku utk hujung minggu ni yg bertajuk Nasi lemak buah bidara.

korang lapa?


nicely done! <--haha puji diri.xmalu :P
nasi lemak, sambal tumis terung, tanpa bilis goreng.
Baklazhan@terung dh mula dijual. walaupun masih mahal, beli sajor sbb teringin nk makan sambal terung.


seterusnya ialah gambar2 random.

teringin nak makan aiskrim pelangi itu!
kalaulah boleh pos dari malaysia huhu~
xperasan gambar tu tebalik :P

itu ialah nugget ikan.
baru2 ni tengok iklan mcd kat sini, diorang ade bende baru-'nugget ikan salmon'. Aku balik terus beli ikan bukan salmon, n buat nugget sindri.
ia enak! haha I did it again:P


jumaat lepas Aku g pos barang tok informer jakim. besday die dh dekat xD
rupenye pos ofis sini dh mule gune komputer utk key in data sume. tahniah. sebelum ni tulis tangan, isi dalam log book je. korang mesti pikir akan jadi lebih cepat kn.
wrong!!
minah tu menaip pakai satu jari ok!
kat 10 minit menunggu die tulis mengeja alamat yg Aku tulis dalam english. ok la permulaan. sabo je la..


-sila tekan gambar utk besarkan-
itu ialah prank yg youtube buat time 1 april aritu.
sume tulisan terbalik. memang xde keje diorang ni.
ade sesape perasan?


tumbuhan depan hostel Aku dh berbunge!
yeay. dh spring!! xDD


-gambar tambahan-
pagi tadi beli teh perisa baru lipton.
bau die super wangi!!

uncang dia berbentuk piramid!!
best best xD


TAMAT SUDAH
.

*kultum=KUliah TUjuh Minit=slang masyarakat aceh utk tazkirah.

soksek soksek : ermm. ade sesape leh bgtau Aku buah bidara tu macam mana rupanya? adekah buah ni ade banyak kat pantai tanjung bidara?

Tuesday, April 7

"Merokok dekat dengan keMATIan"

Salam semua. dh lame Aku rase x berbelog di tengah2 minggu. biasenye nk bukak belog pon x sempat. tapi malam ni lain pulak ceritenye. Aku saje nk bg korang tgk video ni;



best x iklan Indon ni? haha bagi gerun sikit xD


cakap pasal rokok, kat sini, rokok memang amalan. bukan lelaki je, perempuan diorang pon kuat merokok jugak. pastu diorang ade kombinasi rokok n arak, menjadikan bau mulot diorang macam bangkai!!

yang x bleh blah tu, kalau dekat hospital, setiap hujung koridor, akan ade beranda yg dijadikan 'kawasan merokok'. bukan untuk dokter2 [sbb dokte ade bilik sindri nk mengepam], tetapi tok pesakit yg dok dalam wad. diorang pon x ketinggalan nk memendekkan umur yg dh memang paras2 tu.

Aku xde masalah ngan perokok. pilihan masing2 sbb sume ade pertimbangan masing2 kn. sume dh tau baik buruk. asalkan diorang x merokok dalam tempat tertutup, x mengesankan org lain, sudah la.

teringat pulak kat ayah Aku, die pon perokok jugak. perokok tegar. berkali2 jugak die cube nk berenti, terutame bulan pose. tapi sampai raye, bile pak sedare yg lain offer, die pam je la. memule amik offer sebatang due. last2 beli sendiri. haha tu maksudnye dh tewas la tu xD

sape suke poster ni angkat tangan!!
*Aku suka!! hahaha

huh. sudah la cakap pasal rokok. sepatutnye skang ni Aku tengah study. esok ade 3 topik nk kene cover, n ade test lagi. dengan follow up surgery Pn. Syurman lagi. aduhai cycle surgery..

makin banyak bende nk kene cover, semakin Aku maleh nk bukak buku. soklan2 dari eMedicine pon dh 3 minggu tertunggak. penoh dh email Aku tu ngan notis2. huh surgery..

xpe la. baru kol 1030 malam, Aku terase nk tdo lagi. esok harapnye boleh bangkit awal, mungkin nk study sikit.. n nk masak bekal lunch esok. bekal ape ye esok, nasik goreng kampong sandwich sardin, sandwich telur, sandwich keju, sandwich salami ??

selamat malam rakan2 !! xDD

soksek soksek : Aku pasti la iklan video atas tu xleh gune kat sini. haha. diorang pedulik hape kn :P

Sunday, April 5

sapa mahu tart telur ??

*sila angkat tangan !!

salam sejahtera.
hari ahad datang lagi. dan hari ini adalah sangat indah di sini. matahari yg cerah, angin sepoi2 meniup ke dalam bilik, keindahan hari ini dilengkapi dengan mood Aku yg sangat baik dan kerajinan tahap super!



pertama kali Aku buat tart telur ni. sedikit tebal dan terlebih masak. akan diperbaiki.


sapa mahu tart telur?? angkat lah tangan xD

lepas buat satu adunan, [dapat 12 bijik], Aku edar la sorang satu kat budak2 cn. lepas tu si kodok turun bawak mentega. die mintak buat lagi satu adunan. die nk buat bekal g kelas esok.

die ingat Aku ni bakery ke ape. nasib baik Aku tgh mood baik, buat la satu lagi adunan. boleh Aku buat bekal jugak esok pg xD

Sebelum Aku terlupe, Aku telah di tag oleh si wani [sabo je la].
Aku buat je la
;

1. Write your blogger username.
2. Write your two favorite bands/groups at the moment (not overall, just currently).
3. Write I ♥ ___ (this isn't really for anything, just to see how you draw hearts!)
4. Write the name of your favorite person of all time.
5. Write down your recently favored person.
6. Tag 5 people.


bersusah payah Aku cover tulisan Aku. ia tetap burok xcantik.

soksek soksek : budak2 ni soh Aku meniage tart telur n muffin hujung minggu. adoiyai. kalaula Aku ade byk mase.

Saturday, April 4

alat senaman baru

*dh lame x buat cerite bergambar, memandangkan ape yg Aku tengah tulis x siap lagi utk di publish, maka silalah bace tengok kisah ini;


1. Semalam, Aku telah membeli alat senaman baru.

2. sejurus pulang, Aku terus menggunakannya dengan semangat.

3. setelah berkali2 tangan Ku ini menekan..

4. Aku berfikir "yes! genggaman tangan Aku sudah cukup kuat!".
*ye betol. gamba ni kelihatan pelik. ni je gamba yg ade gamba tgn kanan Aku. tgk je la ok.

5. tapi Aku frust. rupa2nya barang ini made in China. adoiyai.
ingatkan genggaman Aku dh super duper power giler!!
kah x3.

6. Aku yg kreatif, telah memikirkan kegunaan lain alat ini daripada ia dibuang begitu sahaja.
*garuk2 belakang yg gatal xD

barang cina ini telah berjaya membuatkan Aku bangga seketika.huh~

soksek soksek : moralnya. biar kalah membeli, tapi menang memakai, daripada bangga diri x pasal2 :P