Thursday, May 28

Offline...sampai bila xtau..

Salam semua.

aku skang tgh bertenggek kat tangge tingkat 8, mencurik line wifi bilik irma n linda sbb internet bilik aku xde.

Minggu lepas bilik aku xde letrik seminggu, pas dh elok, router pulak kong (JAHANAM!!) jaminan ade lagi, tapi ntah bile akan free nk g hanta kedai. Huh..

Jumpe lagi ya!!

Soksek soksek: xdapat online menjadikan mase aku untuk mengemas beg makin banyak:) yeay xsampai sebulan lg!!

Saturday, May 16

xde idea nk bg tajok ape. tapi badan Ku letih. huh

Baru balik dari 'picnic' kat tepi pantai Kanatnaya. niat di hati nk update talam ni, tapi x terdaye pulak. gamba2 pon x edit lg. esok je la.

emm kalau ikot jam sini, masih 16 mei. jadi x terlambat lagi nk wish Selamat Hari Guru kepada mak Aku, n semua warga pendidik. terlalu ramai kalau nk Aku sebutkan name, jadi Aku list sekolah je la ye..

Taski Abim Bandar baru bangi, SRK Sri Abim, SK St. Monica, SRA Sandakan, SRK Bandar Baru Bangi, Tahfiz Abim Damai, SMK Jalan 3, SMKA Maahad Hamidiah, KMM, Odessa State Med Uni-10 Sem.

x lupe jugak guru2 martial art- Persatuan TKD Sabah, TYC TKD Acadamy, Koryo TKD Acadamy, Kelab Judo/Sambo OSMU, Ukrainien MMA (Master Igor).

soksek soksek : Aku baru pas jailbreak Ipod touch Aku. jadi akan bz nk menukar2 segalanya. hohoho

Wednesday, May 13

YUSUF oh Yusuf

kisah YUSUF (as);

Budak itu bertanya. "Siapa itu YUSUF (as) ?"


YUSUF itu anak perigi.


YUSUF itu punya pekerti.


YUSUF itu berseri-seri.

YUSUF itu Perdana Menteri.

YUSUF itu seorang Nabi.

Kisah uShopAhmad Yusuf;


Aku tidak secerdik YUSUF,
tapi Aku pingin akalnya.

Aku tidak semulia YUSUF,
tapi Aku pingin hatinya.

Aku tidak secantik YUSUF,
tapi Aku jumpa 'Zulaikha'Nya.

Coretan uShop, 10/05/09, 12:41 (gmt+2)

Perjalanan pulang cuti musim panas. UPDATED!

Odessa-Kiev
Kiev-London
London-Dubai
Dubai-KLIA


KLIA-Dubai
Dubai-London
London-Kiev

Kiev-Odessa

Biru-Reserved
Hijau-Purchased

Tiket ke London xD


soksek soksek : Dh boleh mule mengemas barang nk balik. yeah!!

Monday, May 11

"andai kata Aku gugur, taburlah bunga dipusaraKu"

Salam semua.
Hari ini, Aku skali lagi cuti. cuti kali ni adalah sempena Victory Day [9th May], yang jatuh pada hari sabtu lalu. jadi cm biasa Isnin dapat cuti umum la.

Untuk pengetahuan korang, Victory Day, dalam bahasa rusianya "День Победы" [Dyen Pabedi], atau lebih popular dengan gelaran sambutan "9th of May", disambut oleh kesatuan soviet sempena kemenangan Red Army terhadap tentera parti Nazi, Jerman yang dikatuai oleh Adolf Hitler.

Peperangan dengan Nazi ketika itu, didokumentasikan sebagai "Great Patriotic War"
[perang dunia kedua], kerana Red Army ketika itu berjuang atas dasar semangat patriotik yang tinggi, untuk membebaskan eropah dari cengkaman kuku kekejaman Nazi.

Oleh itu, sempena sambutan Victory Day sabtu lalu, Aku, yeop, baiya, dan juga ribuan penduduk Odessa telah pergi ke Shevchenko Park, untuk melawat dataran dan tugu peringatan pejuang di sana.

Ironi sungguh, Jaket CCCP [USSR] ni Aku baru je beli beberapa hari yg lalu, dan sangatlah sesuai untuk Aku pakai ke sambutan kemenangan soviet ni.

Pada hari ini, reben oren-hitam diedarkan dan dipakai oleh semua org. reben oren-hitam ini adalah reben pada pingat pejuang2 yg berperang menentang Nazi [order/medal of victory] , jadi saban tahun, reben oren-hitam ini dipakai oleh semua org [termask Aku], dan digantung di kereta2.

cuaca sangat cerah. lihatlah langit tu xD

org yang datang pada hari ini adalah dari semua peringkat umur, dari semuda ini..
aweksremaja..
kanak2, ibu dan babynya..
sehinggalah setua ini..
mereka semua datang beramai2 untuk memperingati dan mengenang jasa pejuang2 lalu. disamping itu, semua org datang dengan membawa bunga, untuk diberikan kepada vateran2 yang datang. sesiapa je yg ade memakai pingat di dada, atau memakai baju seragam, mereka akan mendapat bunga sebagai tanda penghargaan..

macam atok ni..
dia dapat lagi..
dan mereka2 ini..
dan yang ini juga..

emm selain itu, terdapat jugak vateren2 yg mengambil kesempatan berkongsi cerita dan pengalaman lalu kepada org2 muda..

ada juga vateran2 yg hanya duduk bersantai melihat gelagat org2 yg datang. pastinya mereka berbangga melihat generasi yg aman hasil perjuangan mereka, dan lebih bangga lagi kerana perjuangan mereka terus dihargai..

selain itu, bunga juga diletakkan di kawasan tugu, sebagai tanda penghargaan kepada yang gugur. pada hari ini, dataran dipenuhi dengan bunga2 yang diletakkan oleh semua org yg datang. selain dari tugu peringatan di tengah dataran, terdapat puluhan tugu2 kecil seperti 'pusara parajurit' di sekeliling dataran tersebut.

emm ia membuatkan Aku teringatkn satu rangkap lagu patriotik yg berbunyi "andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara..". agaknya org kat sini ade x lagu mcm tu?

walaupun ini tahun kelima Aku kat sini, Aku x jemu nk ikut serta dalam acara2 seperti ini saban tahun. Apa yang seronok dilihat ialah, keikhlasan semua rakyat tidak mengira umur untuk datang mengingati pejuang2 lampau. mereka seakan2 tahu apa yang perlu dilakukan pada hari2 tertentu setiap tahun.

di sini, mereka tidak pelukan konsert untuk mengumpulkan org2 muda pada hari kemerdekaan, mereka tidak memerlukan gerai2 jualan dan pesta untuk menarik budak2 datang, mereka tidak memerlukan acara perarakan yang dihadiri raja untuk mengajak muda mudi turun padang, mereka tidak memerlukan perlumbaan kereta sepanjang malam dan perarakan bermotor untuk memeriahkan hari, mereka tidak memerlukan countdown oleh artis2 terkemuka untuk buat semua org mengingati hari2 penting cmni.

apa yang mereka ada hanyalah nilai patriotik dan kenegaraan yang tinggi.

inilah nilai yang dipunyai oleh negara2 bekas soviet, yang kualitinya jauh lebih baik dari negara kita. dan mereka tidak melakukannya dengan kempen dan publisiti yang canggih dan mahal di media massa, apa yang mereka lakukan ialah, pendidikan patriotik dan kenegaraan sejak kecil, pendidikan dari rumah, dialirkan menerusi darah daging.

..dulu atok bawak ayah, ayah bawak makwe die, ayah n mak kemudian bawak anak2, n seterusnya...

Aku? hehe datang sendiri la. dh besa2 ni, sape nk bawak. selain meneman baiya amik gamba, Aku hanya seronok melihat apa yang berlaku. sempat jugak Aku n yeop bertanye kepada nenek2 vateran yg ada. hanya satu ayat yg mampu Aku ucapkan kepada mereka, "eta tochna vash praznik, spraznikam.." [ini sememangnya hari korang, tahniah..]

mungkin ada moral yg boleh Aku belajar dengan melihat mereka ni, dan mungkin satu hari nnti boleh Aku sampaikan kat sesape yg ada. ok la, sampai sini dulu entry kali ni.

amacam, cun x jaket baru tu? hehe. kalau korang nk tgk video yg dirakam pada hari tu, bleh tgk kat blog yeop. gambar2 yg ade ni kebanyakan dari dslr baiya. jadi jutaan terima kasih kepada baiya xD

soksek soksek : agaknye kalau Aku pakai jaket ni kat Malaysia, org panggil Aku komunis x? huhu

Saturday, May 9

Aku sayang Mak Aku

dulu waktu kecik2, Aku selalu berharap mak Aku puji Aku yang terbaik, tapi sekarang Aku hanya berharap mak Aku gembira Aku ini anaknya. dalam adik-beradik, Aku bukanlah anak yang terbaik, tapi Aku sentiasa mencubaberusaha mahu jadi anak yang baik. sbb Aku sayang mak Aku. sudah terlalu lama Aku di sini, "tunggu Angah balik ye ma".

ucapan "Selamat Hari Ibu" buat Pn. Sabariah Awang Chik, dan semua ibu2 di seluruh dunia.


soksek soksek : Aku mengharapkan line internet akan elok supaya Aku leh tepon rumah dengan clear.

rahmat di Kota Putih

salam semua.
Aku rasa macam baru je lepas Aku buat entry cuti aritu, tetibe dh sabtu semule. terase cepat mase berlalu. best jugak cepat2 ni, cepat sikit nk balik Malaysia. tapi dalam cepat masa berlalu tu, banyak pulak bende yg nk kene buat, n x menyempat nk buat. bile bz n padat tu yg rase nk slow2kn mase. huish manusia.

Setelah seminggu, baru la berkesempatan Aku nk kumpolkan gambar2 dari sume kamera yang ade, n nk menulis sikit pasal trip Aku tempohari.
Ahad lalu, kami berenam, 3 pasang lelaki n wanita yang sumenye xde pape hubungan antara satu sama lain, telah melawat ke Kota Akkerman, di daerah Bilgorod. bandar ni masih terletak didalam State Odessa, hanya 2 jam je naik komuter. jadi, memanglah sesuai kalo nk buat trip balik-hari for picnic n amik2 gambar. saje nk makan angin di kawasan "luar bandar".



Daerah ni dibuka sekitar 600 tahun BC oleh kerajaan Greek, dan kota ini telah dibina oleh kerajaan Byzantine dan digelar dengan berbagai2 nama mengikut sape yg memerintah tapi sumenye bermaksud-'Kota Putih'. Akkerman tu dalam bahasa turki, n Bilgorod tu dalam bahasa Rusia.

Kota ni terletak di muara sungai Dnister, yang mengalir ke laut hitam. memang sesuai nk buat kubu n pusat perdagangan dahulu kala. sbb tu la kubu ni sentiasa berpindah tangan tanpa ditinggalkan.

Sejak sebulan yang lalu, hampir setiap hari odessa dicucuri rahmat hujan. tapi hujannye akan turun renyai2 n berlanjutan x lebih dari satu jam sebelum hari bertukar panas terik. org tempatan panggil, ni hujan musim bunga, yg buat tanah subur untuk musim panas. jadi, kami berharap la hari tu pon same, tetapi apekan daya, rahmat nk turun banyak sikit haritu. setelah sampai, hujan dh berhenti n matahari dh memancar. tetapi x lame, sbb elok2 sampai je masa kitorang nk picnic, hujan turun balik. nasib baik ade kedai makan yang x bukak n ade meja berpayung kat luar, xde la picnic dalam hujan.tapi yang best tu, lepas selesai je makan, matahari kembali memancar. huhu elok je timingnye xD


antare aktiviti sampingan yg ade kat dalam kota tu. ade pameran senjata dan alat perang zaman dahulu. dengan sedikit bayaran, leh cuba guna. ade jugak tempat memanah dan menembak.

Kota ni Aku rasa amat berharga bukan sahaja dari segi faktor umur, tetapi kota ni pernah dikuasai oleh hampir kesemua kuasa besar di asia tengah dan eropah sejak dari dahulu kala. dari zaman Greek-Roman, Byzantine, Kiev-Russ, dan Ottoman, sehinggalah pada zaman kemegahan Soviot Union dan German-Nazi. Kalau masuk kat mini muzium kat situ, ade la beberapa gambar menunjukkan kota ni menjadi kubu ketika perang saudara rusia, dan ketika bertahan dari serangan askar Nazi.

tetapi sayangnya, kota ni xde la mendapat jagaan dan promosi yang sepadan dengan nilainya. Aku rasa, kawasan kota ni hanya diurus tadbir oleh orang2 tempatan je. selain dari satu papan tanda pelan kota, yang lain cuma ada papan tanda peringatan "опасна!!" yang bermaksud "BAHAYA!!"..
walaupn berjalan dalam hujan, trip haritu sume org enjoy, tgklah senyum sume org tu. berhujan pon berhujan la, janji semua senang hati. next trip nk ke kota ukren yang lain pulak. mayb Kamyanets podilsky..

soksek soksek : hujan pulak petang2 ni. sedap sungguh nk tdo. lupekanlah harapan nk g bersenam xD

Saturday, May 2

aktiviti cuti episod satu

salam sume.

adoiyai, lame gile tajok entry. tapi memang nk cerite aktiviti cuti pon. dh 2 hari berlalu, ade la aktiviti sikit. xde la dok umah je. xmau cerite banyak sbb dh ngantok..


hari cuti 1, jumaat;

pagi2, dh ade suare budak2 memekik kat padang belakang, g tinjau dari beranda rupenye..
bebudak india main kriket. tetibe semangat kesukanan la pulak diorang ni.


seperti yang dirancang, kitorang g main bowling. kire ikot jam, satu lane, sejam=150 griven, tapi ade kad pelajar, 'hanya' 70 griven ok.
Aku pernah main bowling 3 kali je sebelom ni. tu pon last time adalah 6 tahun lepas kot. macam2 aksi ade aritu, salah step la, bola melambung tinggi la, menyapu longkang la [sikit2 je]. tapi by the end of 1st frame, yeop kate gaye dh ade :P
xpe la, yg penting ade gaye kn. bole terlepas kebelakang pon org lupekan. adoiyai, malu siot. nasib baik budak2 ukraine pon sengal jugak..
inilah kami. walaupun Aku ni ialah beginner, 5 kali jugak Aku strike dalam 2 frame. nasib baik. mungkin Aku ade bakat terpendam, cume x diasah je kot. huhuhu


ok. lepas main bowling, g semayang jumaat. malamnye, time masak. best part of de day xD
Aku tetibe buat pizza suke hati Aku. kali ni ade salami. lepas tu, time nk pulangkan oven budak pmpuan, langkah kanan la pulak...
linda, irma, n sipu buat sushi. Aku pon ape lagi, dudok melantak la. haha. tamat hari cuti Aku ngan makanan italiano n japaniano. huhu


hari cuti 2, sabtu;

semalam Aku g pasar besar Privos, bercadang mahu carik seluar baru kat bundle.
memandangkan sejak 2 bulan yg lalu, Aku g ke kelas pakai selua baju melayu Aku yg warne merah, Aku sememangnye mesti mendapatkan seluar baru. huhu
telah membeli 2 slua, n sepasang kasut sukan.

pastu, Aku singgah ke stesen keretapi. hari ahad mahu keluar jalan2. nk ke mane? hehe tunggu je la next entry xD

ehh lupe plak, Aku baru pas siapkan muffin xtra cokelat tok bawak esok :)

soksek soksek : doa2 la hari esok akan cerah xD

Friday, May 1

Happy Anniversary !!

Salam semua.

Tanggal 1 Mei, sume orang cuti sbb hari pekerja/hari buruh. tapi harini Aku cuti sempena Sambutan Ulangtahun Perkahwinan mak ayah Aku yg tersayang. huhuu.
Happy Anniversary Hj. Yahaya & Hjh. Sabariah.love u!!

Selamat Ulangtahun Perkahwinan mak ayah yg ke-26. Semoga terus berbahagia dan dimurahkan lagi rezeki keluarga kt. cepat2 la 'kumpul' menantu, supaye leh main ngan cucu2 plak xD


ok, harini, Aku nk amik kesempatan nk ucap selamat hari pekerja kepada sume yg bekerja. trimas kat org2 yg bekerja, maka adalah sambutan hari pekerja ni kn. Aku yang berada kat negara bekas soviet ni, semestinya ade sambutan yg lebih. tau2 la, negara yang dulunya dibentuk oleh parti kelas pekerja. cuti umum Aku 2 hari, harini, n isnin nnti. jangan la jeles ye Aku cuti 4 hari :P

bercakap pasal hari pekerja ni, Aku teringat beberapa minggu lalu, Aku pernah singgah ke laman web kementerian pertahanan Malaysia. ade iklan kat situ, mencari rekrut askar baru, dan juga beberapa ruangan promosi pasal askar wataniah. masalahnye, dengan hanya sediakan muat turun borang permohonan, terpromosi ke jawatan askar kt ni?

Lepas tu, menteri pertahanan yg baru, nk buat supaya setiap kawasan parlimen kene ada askar wataniah, untuk menambah jumlah askar wataniah [askar simpanan]. Aku rasa cara ni sangat2 bagus, n Aku bersetuju. dengan mewajibkan setiap kawasan parlimen kene ada askar wataniah, maksudnye semua rakyat Malaysia terlibat sama. maknanya parlimen majoriti cina, akan adalah askar simpanan keturunan cina, parlimen majoriti india, akan adalah askar simpanan keturunan india. n termasuklah kat sabah n sarawak.

jadi, xtimbul la cakap2 yg bilang, hanya bangsa Melayu sahaja yg berminat nk mempertahankan Malaysia sbb nnti sume akan terlibat sama. kn elok cmni, barulah SATU MALAYSIA namanya.

Aku ade satu benda nk kongsi.
jom kt ingat balik zaman budak2 dulu. dulu2, dalam buku rekod, ape cita2 korang setiap penggal? cita2 Aku mula2 nk jadi jurutera. sebab bapak Aku jurutera. pastu Aku pernah nk jadi bomba, sebab Aku suka dengan kereta bomba, ade macam2 alat. Aku jugak pernah ada cita2 nk jadi saintis. Aku xtau la nk jadi saintis ape, tapi sebab tgk tv, saintis cipta macam2. Aku jugak pernah nk jadi angkasawan, sebab bile belajar pasal cakerawala, Aku rase nk g kat tempat2 tu..
gambar hiasan: page ahli kelab, majalah pendidik keluaran februari.


Aku pasti bende ni berlaku kat korang jugak. betol x?

jadi bila pikir semula, ini sume lumrah. manusia akan jadi minat kat bende yang dia tau, atau benda yang sedang dihadapi, atau benda yang dia biasa. terutamanya kanak2. sedang dalam pencarian. ape yg dia tau, akan ada peluang untuk dia minat.

n Aku jugak pernah nk jadi askar. sebab apa? sebab time Aku kecik2, banyak gile cerite2 pasal askar melayu kat tv. Aku masih ingat lagi cerita2 lakonan A R Badul cm Prebet lapuk, Tuan Badul, n yg paling popular, Darah Satria.

ini semua Aku bolah katakan 'filem propaganda'. cerite ni sume dibuat akhir 70-an n dalam tahun 80-an. time tu zaman komunis. kerajaan nk tarik banyak org masok askar, nk popularkan askar, nk menentang komunis. tapi ia terus ditayangkan sampai awal 90-an. tu yg Aku pon leh terminat same [Aku bukan anak 70-an ok]..

Apa yang Aku nk cakap pasal kaedah 'filem propaganda' ni, ia berkesan utk memperkenalkan kerja askar sebagai wira negara kat mata org awam-org biasa. n secara x langsung, menambah bilangan askar, n memburukkan komunis. jadi, kudos kepada filem2 tersebut, kerana telah berjaya menarik minat ramai budak2 muda jadi askar, atau setidak2nya memperkenalkan kerjaya askar sebagai wira negara dimata kanak2 [mcm Aku].

pastu Aku nk banding dengan zaman sekarang. bila bercakap pasal askar, budak2 bukan sahaja x minat, tetapi x nak amik tau pon. sehingga banyak yang meletakkan askar tu ialah jalan terakhir kalo gagal yang lain. Aku penah jumpe budak2 bercita2 nk jadi penyanyi n pelakon. sbb itu yg diorang tau dari kecik, rancangan realiti tv mencari penyanyi n pelakon. huh..

jadi, Aku rase 'filem propaganda' askar ni kene dikembangkan semula. n sentiasa kene ada untuk memastikan tahap patriotik rakyat. kt bukan nk sume org jadi askar, tapi semangat seperti askar2 tu kena ada. Ini negara Aku, Aku kena pertahankan!.

mungkin jalan ceritanya bukan la cm dulu, masok hutan tembak komunis. realistik la sikit kn, skang xde komunis. banyak cabang2 kerjaya dalam askar yang boleh dipopularkan. doktor, jurutera, makenik, tukang urutmasak, etc.


Hollywood xpernah kering ngan filem2 perang n ketenteraan. korang ingat tu saje2 je ke? itulah contoh filem propaganda, nk tarik rakyat diorang join tentera, jadi 'wira'. diorang nk nk perang je keje..

mungkin jugak filem2 dibuat untuk mempopularkan askar wataniah. skang ni, nk harap budak2 palapes n askar2 pencen je dalam wataniah. org2 biasa yg sukarela nk join, kurang. sbb tu Aku rasa cara paling mudah nk promosi bende ni kat org2 biasa, ialah ngan tv. kerna bilangan askar wataniah senanye kene tinggi, sbb kt kene ada org2 biasa yang boleh diserap mempertahankan negara ketika keadaan memerlukan.

kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.. jangan nnti dh jatuh, baru ternadah. betol x?

p/s: bila keluar berita pasal askar wataniah aritu, Aku bercakap sendiri, "why not..?". Aku pon bukan janggal dengan senjata. terus Aku g laman web Kementah, saje nk bace2 pasal wataniah, n nk tgk cmne nk apply wataniah. sini linknya --> mod.gov.my

soksek soksek : hari ini cuti, baiya ajak main bowling. dh 6 tahun Aku x main bowling. tgk je la ape jadi nnti :P